Sebagaimana bicara Allah Maha Suci, madu adalah ‚ubat yang menyembuhkan bagi manusia’. Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang bertemu pada persidangan Apikultur Sedunia [World Apiculture Conference] yang diadakan pada tarikh 20-26 September 1993 di China. Dalam persidangan itu dibincangkan pengubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal daripada madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahawa madu, royal jelly, serbuk sari dan proplis (getah lebah) dapat mengubati pelbagai penyakit.
Seorang doktor Belanda mengatakan bahawa ia telah menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, dan 2002 dari 2094 pesakitnya dapat dipulihkan. Manakala seorang doktor yang berasal Poland juga mengatakan dalam persidangan itu bahawa getah lebah atau bee resin dapat membantu menyembuh banyak penyakit seperti buasir, penyakit kulit dan pelbagai penyakit lainnya.
Demikianlah kemajuan teknologi hari ini yang telah berjaya menyingkap pelbagai kebesaran Allah yang telah dinyatakan seawal lebih 1400 tahun lalu di dalam al Quran. Sesungguhnya terlalu banyak ilmu yang disampaikan oleh Allah Maha Pandai melalui al Quran telah dibuktikan kebenarannya oleh sains masa kini. Al Quran mengandungi lebih 1000 ayatnya yang berkaitan dengan sains moden dan kesahihannya banyak membuatkan ramai manusia beroleh manfaat. Masih terlalu banyak tanda dalam al Quran yang tidak manusia fahami jika hanya berdasarkan sains semata.
*artikel diolah daripada filem Dokumentari sains Architech in Nature & The Man of Understanding
No comments:
Post a Comment