Wednesday, February 7, 2007

Orang Muda


Untuk anakku ……… yang dikasihi,
untuk anak anak muda yang bersedia kedepan..
orang muda yang tiada idealisme...
rugi menjadi orang muda
orang muda yang tidak berani mencuba...
rugi kerana kurangnya pengalaman
orang muda yang terlalu penyabar...
rugi kerana cepat menjadi orang tua..
generasi sebaya juga boring padanya..
orang muda yang tiada perasaan tergesa gesa...
rugi kerana hidupnya slow...
orang muda yang tidak minat outdoors..
rugi tidak merasa kehijauan dan baupeluh..dan pacat
orang muda yang sentiasa mengharap disudukan..
rugi kerana tidak ramai yang sanggup menyudukan..
orang muda yang sentiasa berselindung dibalik seniors...
rugi keranakematangannya lambat..
orang muda yang tidak buka mulut..
rugi kerana tidak kritis..
orang muda yang terlalu ikut cakap pakcik makciknya pun rugi...
orang muda yang tidak ingin membaca..
rugi kerana 'learning curve'nya lambat..
orang muda yang tiada visi dan cita-cita..
tidak kemana perginya..
orang muda yang tiada cita-cita pendakwah & mujahid...
bila kerja akan hilang
dimakan kerja makan gaji
orang muda yang tiada cita-cita pendakwah & mujahid..
bila kahwin...kerjanya main dengan isteri, anak-anak & basuh kereta..
orang muda perlu redah..bersopan
sedikit kurang ajar..mencuba yang baru.
kedepan
bertanya walaupun kadang-kadang macam nampak bodoh
menjadi sudu bila tidak disudukan..
bertenaga..
membaca..
punya visi dan cita citabersedia memimpin
punya doa seorang mujahid..
tapi jika kalian tiada banyak diatas...
pakcik tidak salahkankalian...
kerana kalian adalah produk..
tapi orang putih kata better late than never.....
masih banyak masa untuk belajardan berubah..
pakcik hamdy

No comments: