Menatapi institusi jamah solat fardhu, kepimpinan melalui solat masih di tahap rendah kerana imam yang ditugaskan terus-terusan sahaja dibiarkan menjadi imam dan yang lain iaitu makmum masih juga menjadi makmum tanpa ada perubahan positif dari segi pengetahuan dan kepimpinan. Pemahaman, pengetahuan, pengahayatan, hafazan, bacaan masih bertatih baik dikalangan Muslim.
Kritis dan kritikal keadaan ini sebab ia melihatkan kita bahawa ramai Muslim semakin menjarak dari pembacaan & pemahaman Al Quran serta pengamalan Islam itu sendiri. Beginilah halnya juga berkaitan ulangkaji matapelajaran dikalangan penuntut ilmu di pengajian tinggi. Mana mungkin ada hasil yang baik jika tiada usaha berterusan dalam pembacaan, latihan & kajian (experiment).
Menekuri aspek ini pelbagai usaha mudah & senang laksana (light execution) perlu dicorak pada institusi ini. Misalnya smart group dalam pembaikan bacaan Al Quran dan hafazan. Turut dicadangkan pemberian tazkirah pendek atau kuliah lima/tujuh minit (kulim @ kultum) di kalangan jamaah. Proses suatu penerapan soft skill paling berkesan dari segi pengetahuan, pembacaan, percakapan & pemahaman. Ia juga penting untuk kesamarataan pemahaman seluruh jamaah. Daripada aktiviti surau juga dapat diwujudkan program berbentuk riadhah @ outdoor yang berbentuk fizikal. Contohnya jogging, bermain futsal, camping dan sebagainya.
Lihat institusi kecil sebagai tapak permulaan yang subur untuk disemai dengan baja yang paling bermutu iaitu sistem pembangunan insan tercanggih berdasarkan ajaran Muhammad Sallallahualaihiwasallam.
No comments:
Post a Comment