Wednesday, February 7, 2007

TANGGUNGJAWAB TERHADAP NON MUSLIM



Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 18 September 2006, hari Isnin jam 7.30 pagi di Mutiara FM Pulau Pinang 95.7 mhz.
---------------------------------------------------
Assalamulaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan,
--------------------------------------------------
Para peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Alhamdulillah saya baru sampai dari Sarawak berceramah kepada pelajar-pelajar di UNIMAS ( Universiti Malaysia Sarawak ). Saya bersyukur kepada Allah sebab ceramah perdana yang saya sampaikan di sana yang di hadiri oleh pelajar-pelajar dan pensyarah memenuhi dewan utama dimana 30% daripadanya ialah pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah yang bukan islam Alhamdulillah. Disebabkan ceramah itu dianjurkan bukan oleh masjid, bukan oleh pusat islam tetapi oleh Jabatan Tamaddun di universiti berkenaan.
------------------------
Ini suatu yang baik kerana bagi saya pada hari ini ramai orang islam terutamanya pelajar-pelajar yang bukan islam ingin mengetahui tentang islam. Ramai yang bukan islam ingin mengetahui tentang islam tetapi orang-orang islam tidak menerangkan dan menjelaskan kepada mereka tentang islam menyebabkan orang-orang bukan islam kadangkala prejudis tentang islam apatah lagi selepas mereka melihat perangai ramai orang islam di Malaysia yang tidak menghayati islam. Apabila mereka membaca perangkaan-perangkaan yang negatif berhubung dengan orang-orang melayu islam. Sebagai contoh majorati yang terjebak dengan penyalahgunaan najis dadah ialah orang-orang melayu islam. Lebih kurang 65% daripada yang terjebak itu ialah orang melayu islam.
---------------------------------------
Pada tanggal 20 Ogos 2006 baru-baru ini, New Sunday Times pula melaporkan bahawa wanita yang mengandung luar nikah, 77% daripadanya ialah wanita-wanita melayu islam. Maka paparan-paparan dan perangkaan-perangkaan seperti ini amat negatif bagi orang islam di Malaysia. Tetapi ianya satu fakta dan bukan tuduhan. Maka tidaklah pelik jika orang-orang bukan islam mengatakan orang-orang melayu islam di Malaysia adalah golongan yang tidak mempunyai jati diri. Orang-orang melayu islam di Malaysia ini cakap saja berdegar-degar tentang kehebatan bangsa tetapi mereka sendiri tidak hebat. Mereka sendiri bukan contoh bagi orang-orang non muslim.
----------------------------------
Saya tidak menyalahkan mereka jika mereka bersikap demikian. Mereka sebenarnya mempunyai asas yang kuat untuk bersikap demikian. Bagi saya itu bukan alasan untuk terus membiarkan rakan-rakan kita yang bukan islam ini terkeliru dengan islam. Jadi alhamdulillah, berceramah di UNIMAS merupakan satu pengalaman yang cukup baik bagi saya sebab orang-orang yang bukan islam ini mendengar satu ceramah yang bertajuk The Quran And Science. Mereka merupakan golongan yang terbuka minda. Mereka hendak mendengar apa itu quran. Kemudian mereka hendak mengetahui bagaimana quran bercakap tentang sains. Adakah quran betul-betul saintifik ataupun adakah ia hanya suatu dakwaan orang islam sahaja bahawa quran itu saintifik sedangkan ia sebaliknya.
--------------------------------------
Maka alhamdulillah pada hari Sabtu malam Ahad dua hari yang lepas saya telah membuktikan bahawa quran itu adalah wahyu tuhan dan saya telah mengedarkan buku saya Islam The Misunderstood Religion secara percuma kepada mereka, habis kesemuanya dan lebih kurang 100 pelajar bukan islam meminta saya menghantar buku itu lagi ke UNIMAS sebab mereka sangat-sangat hendak mengetahui tentang islam dan hendak membaca buku itu.
---------------------------------------------------------------------------------
Jadi tuan-tuan & puan-puan yang di muliakan. Kita melihat di Malaysia ini suatu kesempatan yang baik. Sayangnya maaf cakap, ramai ustaz-ustaz kita tidak pandai berdakwah kepada orang-orang yang bukan islam. Walaupun usaha mereka memang amat baik cumanya sayang mereka asyik berdakwah, bercakap dan berceramah di surau dan masjid hanya kepada orang-orang islam. Kadangkala isi ceramah mereka itu berulang-ulang atau pun kata orang inggeris Just between round the bush. Berulang-ulang tentang fekah ranting, masuk ramadhan mengulangi tentang ramadhan atau fekah ramadhan. Saya tidak menafikan semua itu baik tetapi saya mengatakan cukupkah sekadar itu.
-----------------------------------------------
Demikian juga dengan anda, saya dan kita semua yang lain. Kita berkawan dengan ramai orang yang bukan islam. Kita bercakap tentang banyak perkara. Tentang artis berkahwin, artis putus tunang, pokok pinang di Seberang Perai sana yang mempunyai muka macam manusia dan mungkin muka hantu. Kita bercakap tentang hantu, jin kepada yang bukan islam dan tidak pernah sekali pun anda teringat hendak bercakap kepadanya tentang kecantikan islam secara yang bijaksana. Kita rasa kita boleh mati dengan aman seperti itu. Saya takutnya tidak. Saya risau kita tidak akan mati dengan aman jika kita lupa tentang tugas kita untuk menyampaikan mesej islam kepada mereka. Kita menyampaikan bukan untuk mengajak mereka memeluk agama islam. Jangan ajak mereka memeluk islam. Tetapi terangkan apa itu islam pada mereka. Paling kurang kita harapkan dari itu mereka akan menghormati agama kita.
-------------------
Itu tujuan kita
------------------
Jadi pada pagi ini saya mengharapkan insyaallah Malaysia akan menjadi sebuah negara contoh dan untuk menjadi sebuah negara contoh kita perlu hidup secara harmoni. Maka sudah pasti satu diantara caranya ialah agar kita saling kenal mengenali antara satu dengan yang lain termasuk kenal mengenali agama-agama yang berbeza antara kita dan sebagai orang islam kita hendak menyedarkan orang-orang bukan islam tentang kecatikan islam. Semoga dengan itu insyaallah keadaan dan hubungan antara bukan islam dan islam di Malaysia akan menjadi baik. Dengan itu insyaallah masa depan Malaysia akan menjadi harmonis dan kukuh insyallah. Semoga apa yang Dr Danial sebutkan pada pagi ini berdasarkan sedikit pengalaman di Sarawak mendatangkan kebaikan kepada kita bersama.
-------------------Terima kasih diatas perhatian anda.-------------------------

No comments: